KERA SAKTI
Sun
Go Kong Pinyin: Sun Wùkong; Wade-Giles: Sun Wu-k'ung ; bahasa
Hokkian:Sun-go·-khong / Sun-ngo·-khong) adalah tokoh utama dalam novel
Perjalanan ke Barat. Dalam novel ini, ia menemani pendeta Tong dalam
perjalanannya. Sun Go Kong dalam bahasa Vietnam adalah Ton Ngo Khong, dalam
bahasa Jepang adalah Son Goku, dan dalam bahasa Thai adalah Sun Ngokong.
Sun
Go Kong amat gagah , senang sekali mengangkat tongkat sakti Ruyi Jingu Bang
yang beratnya 13,500 kati (8,100 kg). Sun Go Kong ialah seorang pejuang mahir
yang mampu melawan panglima-panglima hebat di kayangan. Dia juga menghafal
berbagai mantra untuk menghembuskan angin, membelah air, menyulap lingkaran
lindungan dari ancaman setan,
Kelahiran dan kehidupan awal
Dilahirkan
di Huaguo-shan. Gunung Bunga-bunga dan Buah-buahan) daripada seketul batu mitos
yang terbentuk oleh daya asal kecamukan, Wukong menyertai sekaum monyet dan
kemudian dihormati kerana menemui Shuilián-dòng (Cina:; Gua Tabir Air) di
belakang sebuah air terjun raksasa. Monyet-monyet yang lain menganugerahinya
sebagai raja, dengan Wukong menggelar diri sebagai Mei Hóuwáng (Raja Monyet
Kacak). Menyedari bahawa dia masih akan mengalami kematian, walaupun kuasanya
ke atas monyet-monyet yang lain, dia berazam untuk mencapai keabadian. Wukong
berkelana dengan rakit ke tanah-tanah yang beradab lalu menemui dan menjadi
pengikut Bodhi, salah satu bapa Buddhisme/Taoisme. Menerusi penjelajahannya,
Wukong juga memperoleh pertuturan dan tingkah laku manusia.
Pada
mula-mulanya, Bodhi enggan menerima Wukong sebagai pengikut kerana Wukong
bukannya manusia. Bagaimanapun, kegigihan dan ketabahan Wukong kemudian
menyebabknya tertarik kepada monyet itu. Adalah daripada Bodhi bahawa Wukong
menerima nama rasminya, Sun Wukong ("Sun" membayangkan keasalan monyet,
dan "Wukong" membawa pengertian sedar akan kekosongan). Tidak lama
kemudian, minat dan kecerdasan Wukong menjadikannya salah satu pengikut
kesayangan Bodhi. Justera, Bodhi membimbing dan melatihnya sebilangan perbuatan
sakti dan Wukong memperoleh kuasa penganjakan bentuk yang dikenali sebagai
"72 perubahan". Kemahiran itu yang dikatakan lebih serba boleh dan
lebih sukar membenarkan pemiliknya bertukar kepada setiap bentuk kewujudan yang
mungkin, termasuk manusia dan barang. Wukong juga belajar perjalanan awan,
termasuk teknik Jindouyún (balik kuang awan) yang dapat mencapai 108,000 li
(54,000 km) menerusi satu balik kuang. Tambahan lagi, dia juga berupaya
mengubah setiap 84,000 bulunya menjadi barang dan makhluk, malahan mengklonkan
diri sendiri. Wukong kemudian berasa terlalu angkuh kerana keupayaannya dan
mula bercakap berdegar-degar kepada para pengikut yang lain. Ini mengakibatkan
Bodhi tidak gembira serta pengusirannya dari kuil Bodhi. Sebelum mereka
berpisah, Bodhi mengarahkan Wukong supaya berjanji tidak akan memberitahu
sesiapa pun tentang bagaimana dia mendapatkan kuasa tersebut.
Di
Huaguo-shan, Wukong memantapkan kedudukannya sebagai salah satu syaitan yang
paling berkuasa dan terpengaruh di dunia. Untuk mencari senjata yang sesuai,
dia menjelajah ke lautan dan memperoleh tongkat Ruyi Jingu Bang. Tongkat itu
berupaya mengubah saiz dan mendarabkan diri, serta boleh berlawan mengikut
kehendak hati pemilik. Ia pada asalnya digunakan oleh Dà-Yu untuk mengukur
kedalaman lautan dan kemudian menjadi "Tiang yang Menenangkan Lautan"
serta harta karun Ao Guang, "Raja Naga Laut Timur". Beratnya tongkat
itu 13,500 kati (8.1 tan). Apabila Wukong mendekatinya, tiang itu mula bersinar
demi menandakan bahawa ia telah menjumpai pemiliknya yang benar. Sifat tongkat
itu membolehkan Wukong menggunakannya sebagai senjata serta menyimpannya di
dalam telinga sebagai jarum jahit. Ini menakutkan makhluk sakti laut serta
mengakibatkan huru-hara di laut kerana tiada sebarang lain yang dapat mengawal
pasang surut lautan. Selain daripada merampas tongkat sakti itu, Wukong juga
menewaskan naga-naga empat laut dalam pertempuran dan memaksa mereka
memberikannya baju zirah, topi berbulu burung phoenix (Fèngchìzijinguan), serta
but yang membolehkan perjalanan di atas awan (Ousibùyúnlu). Wukong kemudian
mengingkari percubaan Neraka untuk mengambil nyawanya. Untuk mengelakkan
penjelmaan semula seperti semua makhluk yang lain, dia menghapuskan namanya
bersama-sama nama semua monyet yang dikenalinya daripada "Buku Hidup dan
Mati". Raja-raja Naga dan Raja-raja Neraka kemudian memutuskan untuk
mengadukannya kepada Maharaja Jed di Syurga.
Hura-hara di Alam Syurga
[[Fail:Sun Wukong at Beijing opera
- Journey to the West.jpg|thumb|200px|Sun Wukong, sebagaimana digambarkan dalam
adegan opera Beijing.]]
Mengharap-harapkan
bahawa suatu kenaikan pangkat dalam kalangan dewa dapat menjadikan Wukong lebih
mudah dikawal, Maharaja Jed menyambut Wukong ke Syurga. Wukong mempercayai
bahawa dia akan dikurniai sebagai salah satu dewa tetapi malangnya, dia hanya
dijadikan ketua kandang kuda syurga untuk menjaga kuda. Apabila Wukong mendapat
tahu tentang hal itu, dia memberontak dan mengisytiharkan diri sebagai
"Pendeta Agung, Sama Pangkat dengan Syurga" dan bersekutu dengan
sesetengah syaitan yang paling berkuasa di dunia. Percubaan awal Syurga untuk
menguasai Raja Monyet tidak berjaya. Lantaran itu, para dewa terpaksa mengakui
gelaran Wukong tersebut serta mencuba menawarkannya kedudukan "Pelindung
Taman Syurga". Apabila Wukong mendapati bahawa dia tidak dijemput untuk
menyertai sebuah jamuan diraja, walaupun semua dewa dan dewi dijemput,
kemarahannya menjadi keingkaran terbuka. Selepas mencuri "pic
keabadian" Xi Wangmu, pil lanjut usia Lao Tzu, serta wain diraja Maharaja
Jed, Wukong melarikan diri kembali ke kerajaannya untuk menyediakan
pemberontakan.
Wukong
kemudian menewaskan Tentera Syurga yang terdiri daripada 100,000 pahlawan
samawi dan membuktikan diri sebagai setanding dengan Erlang Shen, jeneral
Syurga yang terunggul. Bagaimanapun, dia kemudian ditangkap atas pemuafakatan
kuasa Taoisme dan Buddhisme, serta usaha sesetengah dewa. Selepas beberapa
percubaan yang gagal untuk menjalankan hukuman mati ke atasnya, Wukong dikurung
di dalam sebuah kawah bagua Lao Tzu untuk disuling menjadi eliksir oleh api samadhi
yang paling panas. Bagaimanapun, kawah itu meletup selepas 49 hari dan Wukong
melompat ke luar, kini lebih kuat daripada dahulu. Wukong kini berupaya
mengecam kejahatan dalam sebarang bentuk menerusi huoyan-jinjing (secara harafiah, "renungan keemasan
mata bernyala-nyala"), satu keadaan mata yang juga mengikabatkan
kepekaannya kepada asap.
Dengan
semua pilihan dicuba dan gagal, Maharaja Jed serta pihak berkuasa Syurga merayu
kepada Buddha yang tinggal di kuilnya di Barat. Buddha bertaruh dengan Wukong
bahawa dia (Wukong) tidak dapat melarikan diri daripada tapak tangannya. Wukong
yang berupaya mencapai 108,000 li dengan satu lompatan, dengan angkuhnya
bersetuju lalu melompat dengan sedaya upayanya. Apabila dia mendarat, dia tidak
dapat melihat apa-apa pun kecuali lima batang tiang. Justera itu, Wukong meneka
bahawa dia telah tiba ke hujung Syurga. Untuk membuktikan pencapaiannya, dia
menandakan tiang-tiang itu dengan frasa yang mengisytiharkan diri sebagai
"Pendeta Agung yang Sama Kedudukannya dengan Syurga". Selepas itu,
dia melompat kembali ke tapak tangan Buddha hanya untuk menyedari bahawa lima
"tiang" itu sebenarnya ialah lima jari tangan Buddha. Apabila Wukong
cuba melarikan diri, Buddha menukarkan tangannya menjadi gunung lalu mengurung
Wukong di dalamnya dengan menggunakan azimat yang ditulis dikir, Om Mani Padme
Hum, dalam huruf emas. Wukong terkurung di sana selama lima abad.
Pengikut kepada Xuanzang
Lima
abad kemudian, Bodhisatva Guanyin sedang mencari-cari pengikut untuk melindungi
Xuanzang, seorang penziarah Dinasti Tang, yang ingin membuat perjalanan ke
India untuk memperoleh sutra agama Buddha. Apabila Wukong terdengar hal itu,
dia menawarkan diri sebagai pertukaran untuk kebebasannya. Guanyin memahami
bahawa monyet itu bukan senang untuk mengawal dan oleh itu, memberi Xuanzang
sebuah cekak rambut ajaib, hadiah daripada Buddha. Sebaik sahaja Wukong ditipu
memakainya, cekak itu tidak dapat dikeluarkan semula. Dengan dikir yang khusus,
cekak itu dapat diketatkan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak tertahan pada
kepala Wukong. Atas keadilan, Guanyin juga memberi Wukong tiga bulu yang
istimewa yang boleh digunakan dalam kecemasan yang teruk. Di bawah penyeliaan
Xuanzang, Wukong dibenarkan membuat perjalanan ke Barat.
Pada
sepanjang epik Perjalanan ke Barat, Wukong membantu Xuanzang dengan setia dalam
perjalanannya ke India. Mereka disertai oleh "Pigsy" (??? Zhu Bajie)
dan "Sandy" (??? Sha Wujing) yang menawarkan diri untuk menemani sami
itu bagi menebus dosa mereka. Kuda sami sebenarnya ialah putera naga.
Keselamatan Xuanzang sentiasa terjejas oleh syaitan-syaitan serta
makhluk-makhluk ghaib yang lain yang mempercayai bahawa daging Xuanzang,
apabila dimakan, dapat melanjutkan usia. Wukong sentiasa bertindak sebagai
pengawal peribadi Xuanzang dan dikurniai kuasa Syurga untuk memerangi
ancaman-ancaman tersebut. Pada keseluruhannya, kumpulan itu menghadapi 81
kesengsaraan sebelum mencapai misi mereka dan kembali ke China. Wukong kemudian
dikurniai dengan Kebuddhaan atas perkhidmatan dan kekuatannya.
Antara Sun Go Kong dan Hanoman
Muncul
opini bahwa Wu mengambil tokoh Sun Go Kong muncul dari inspirasinya atas cerita
Ramayana dari India yang mana juga ada mengisahkan tokoh kera sakti Hanoman.[2]
Di dalam kalangan sastrawan Tiongkok sendiri juga terdapat pendapat yang
mendukung opini ini, namun mayoritas menolak teori ini. Juga ada yang
berpendapat bahwa Wu mendapat inspirasi dari Hanoman, namun Sun Go Kong
kemudian digambarkan tanpa ada kaitan sama sekali denan Hanoman India. Lu Xun
(1881~1936) adalah Bapak Sastra Modern Tiongkok yang terkenal. Ia berpendapat
bahwa Sun Go Kong adalah karya Wu yang mengambil inspirasi dari cerita karya
Lee Gong-zuo yang hidup di zaman Dinasti Tang. Dalam novelnya berjudul "Gu
Yue Du Jing", ia menceritakan tentang siluman sakti bergelar Huai Wo Shuei
Shen yang akhirnya juga berhasil ditaklukkan oleh kekuatan Buddha. Setelahnya
ia berganti nama menjadi Wu Zi Qi. Lu Xun berpendapat bahwa Wu Cheng-en
mengambil tokoh Sun Go Kong atas modifikasi Wu Zi Qi. Lalu, sastrawan lain juga
berpendapat bahwa tokoh Sun Go Kong adalah asli Tiongkok karena ada seorang
pendeta yang juga terkenal di masa Dinasti Tang bergelar Wu Kong (Go Kong =
Hokkian), nama asli Che Chao-feng.
Namun
Hu Shi, sastrawan lain berpendapat bahwa Wu mengambil inspirasi dari Hanoman
yang dikisahkan dalam cerita Ramayana. Karena ia berspekulasi bahwa tidak
mungkin cerita Ramayana yang terkenal itu tidak sampai di Tiongkok. Jadi pasti
ada pengaruh Hanoman pada karya Wu Cheng-en tadi. Ada pula sastrawan lain Ji
Xian-lin yang berpendapat bahwa Sun Go Kong adalah Hanoman yang dimodifikasi
menjadi Sun Go Kong tanpa ada kaitan sama sekali dengan Hanoman-nya sendiri
kecuali sama2 merupakan kera sakti. Namun kera sakti Sun Go Kong jelas adalah
perpaduan antara kepercayaan, cerita rakyat dan kreasi daripada penulisnya
sendiri, Wu Cheng-en.
LIRIK LAGU
Hahaa, huuu
Sun Go Kong is in the house (3x)
Seekor kera, terpuruk, terperangkap dalam gua
Di gunung tinggi suci tempat hukuman para dewa
Bertindak sesuka hati, loncat kesana kesini
Hiraukan semua masalah di muka bumi ini
Dengan sehelai bulu dan rambut dari tubuhnya
Dia berubah menerpa menerjang segala apa yang ada
Walau halangan, rintangan smakin panjang membentang
Tak jadi masalah dan takkan jadi beban pikiran
Berkelana s'tiap hari demi mencari kitab suci
Dengan dukungan dari gurunya, temukan jati diri
Semua kan dihadapi, dengan gagah berani
Walau aral rintangan setiap saat datang tuk menguji
Kera sakti...
Tak pernah berhenti, bertindak sesuka hati
Kera sakti...
Menjadi pengawal, mencari kitab suci
Kera sakti...
Liar, nakal, brutal, membuat semua orang menjadi
gempar
Kera sakti...
Hanya hukuman yang dapat menghentikannya
Walau halangan, rintangan, membentang
Tak jadi masalah dan takkan jadi beban pikiran
Hahaa, huuu
Sun Go Kong is in the house (3x)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar